Sukan


The RocketPocketMan tebus kekecewaan

AZIZULHASNI (depan) membuat henjutan di selekoh terakhir sambil diburu Zhang Miao (kanan) dan Josiah Ng, semalam.
Semalam, anak muda dari Dungun, Terengganu itu tampil mengubati duka dibatalkan kemenangan di Sukan Komanwel, New Delhi dengan memenangi acara kegemarannya, keirin manakala rakannya, Josiah Ng memenangi perak.
Kali terakhir emas diraih skuad berbasikal negara adalah menerusi Allahyarham Daud dan Ng Joo Ngan yang memenanginya di Sukan Asia 1970 di Bangkok. 

Percaturan ketua jurulatih, John Beasley yang mahu kedua-dua anak buahnya mengawasi dua wakil China, Zhang Miao dan Zhang Li berhasil apabila mereka mengawal tempo perlumbaan sekalipun Zhang Miao yang memungut gangsa membuat henjutan awal. 

“Apabila terlepas terlepas pingat acara pecut pada sebelah pagi, saya memang tekad untuk bermati-matian dalam peluang terakhir ini dan bersyukur percaturan perlumbaan hari ini (semalam) berhasil. 

“Sebelum perlumbaan, saya agak sedih dan tertekan selepas gagal dalam perebutan pingat gangsa acara pecut, sebab itu saya nekad dalam perlumbaan tadi,” kata Azizulhasni yang akan mencukur kepala sebagai membayar nazar atas kemenangan pingat emas itu. 
Josiah yang memenangi emas keirin di New Delhi, bulan lalu berkata kemenangan 1-2 ini membuktikan Malaysia kini kuasa baru acara berkenaan di Asia. 

“John (Beasley) menegur sesiapa yang ada peluang menang harus menggunakannya dan hari ini, kami berlumba dengan baik,” katanya yang mempunyai koleksi tiga perak Sukan Asia selepas Busan 2002 (pecut) dan Doha 2006 (keirin)


Harimau Muda Beraya di bumi Slovakia

    Perkembangan skuad pelapis pasukan kebangsaan malaysia di slovakia semakin meningkat. Berdasarkan rekod perlawanan yang dilalui mereka ternyata sudah banyak peningkatan yang boleh kita banggakan. Daripada 12 perlawanan yang dilalui, mereka menang 3 kali, seri 3 kali dan tewas 6 kali.






 Sementara itu terdapat dua perlawanan tambahan dimana Skuad Harimau muda dibawah kendalian Ong Kim Swee berdepan dengan lawan daripada Saint Polten yang bertanding dalam divisyen satu liga Austria dan juga bertemu dengan Ferencváros yang bemain dalam division satu Hungary. Keputusannya skuad negara tewas kepada Saint Polten 3-4 bagaimanapun kekalahan itu terubat apabila skuad negara menewaskan Ferencvaros 3-1..Skud muda negara ini menyambut hari raya Aidil Adha di Slovakia sebelum berlepas pulang Ke Malaysia.Merka dijangka tiba di KLIA pada21 November 2010.