Oleh: MOHD FAIZAL MOHD SALLEH
KUALA LUMPUR, 18 Nov- Pada dasarnya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kehilangan sokongan anggotanya kerana jumlah yang keluar mengundi bagi memilih kepimpinan parti itu sangat rendah, kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.
“Ahli-ahli PKR sudah kurang semangat juang bila cuma 8% lebih sahaja ahlinya yang terlibat mengundi sewaktu pemilihan penting mereka. Konon disebut ada 300-400 ribu ahli di seluruh negara. Semangat semakin luntur kerana pelbagai masalah, parti jalanan yang dulunya sibuk dengan reformasi sekarang berada dalam era “kemeruduman.
Tetapi UMNO perlu ada kekuatan sendiri, bukan menumpang dari kelemahan PKR. Kekuatan UMNO kerana Presiden dan Perdana Menteri mendahulukan rakyat dan adil kepada semua. Yang amalkan keadilan untuk semua bukan PKR tapi UMNO dan BN,” ujarnya selepas majlis korban di Masjid Negara di sini hari ini
Tambahnya, perbuatan Anwar memburukkan negara di luar hanyalah satu kaedahdiversion beliau, mengalih pandangan masyarakat terhadap PKR yang penuh masalah.
Perbuatan itu suatu usaha melarikan diri daripada caca merba yang paling memeningkan kepala beliau setakat ini, bila penentangan orang dalam PKR sendiri.
“Saya amat terperanjat, ia ibarat perbuatan membongkar pekung di dada. Anwar tidak mampu menghadapinya dan sebagaimana sebelum ini, jika ada masalah, dia akan cabut ke luar negara atau sengaja menimbulkan isu lain,” tambahnya
Beliau juga berkata PKR kini dilihat seperti kehilangan sokongan anggotanya kerana jumlah yang keluar mengundi bagi memilih kepimpinan parti itu sangat rendah.
Katanya, pemilihan barisan kepimpinan tertinggi parti sepatutnya mendapat sambutan yang hangat daripada anggota, seperti yang berlaku dalam Umno, di mana kehadiran ahli untuk memilih kepimpinan di peringkat cawanganpun sangat tinggi.
“Saya pun terperanjat kerana menjangkakan ramai anggota parti itu akan keluar mengundi untuk memilih barisan kepimpinan mereka,” katanya .
Beliau berkata, anggota Umno bagaimanapun tidak seharus merasa selesa dalam usaha memenangi hati rakyat akibat masalah dalaman yang sedang dihadapi PKR sekarang.
“Anggota Umno perlu terus menerus berusaha memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” katanya. – Media UMNO
No comments:
Post a Comment