Friday, November 19, 2010

Kerajaan BN akan bina enam Masjid di Negeri Sembilan 2011


REMBAU, 19 Nov – Sekurang-kurang enam buah masjid akan dibina di Negeri Sembilan tahun depan bagi menampung keperluan umat Islam di taman-taman perumahan baru, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya keutamaan ialah di Seremban 2, Bandar Baru Sri Sendayan, Seremban Jaya dan Taman Bandar Senawang.
“Pembinaan empat buah masjid adalah di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 manakala dua lagi merupakan sambungan projek RMK-9 iaitu di Springhill di Lukut dan Masjid Jamek di Rantau,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan dan wakaf Masjid Dr Mohammad Eusuff Teh di Kampung Pedas Hilir dekat sini hari ini.
Mohamad berkata bagi memenuhi keperluan penduduk yang bertambah, beberapa buah surau akan dinaik taraf menjadi masjid.
Katanya lima masjid siap dibina tahun ini iaitu Masjid Gebok, Mantin; Masjid Taman Anggerik, Batu Kikir; Masjid Al-Taqwa, Paroi; Melang, Kuala Pilah dan Ulu Sepri, Rembau.
Masjid Dr Mohammad Eusuff Teh bernilai RM2.9 juta, merupakan masjid yang diwakafkan oleh keluarga Allahyarham Datuk Seri Dr Mohammad Eusuff Teh, pengasas Zaitun Industries.

No comments: