Friday, November 19, 2010

Ahli UMNO berteduh di sebalik PERKASA

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din optimis parti itu mempunyai peluang yang lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.
Menurutnya, pendekatan yang diambil oleh PAS melalui tahaluf siyasi bersama dengan parti-parti pembangkang telah membuahkan hasil di dalam PRU 12 lalu.
Beliau menambah, Allah telah memberi jalan kepada PAS untuk mencapai kejayaan melalui persefahaman politik itu.
Katanya, rakyat kini telah memberikan sokongan yang terbuka kepada PAS dalam suasana Umno sedang meniti hari-hari tua.
Bahkan, ujarnya ahli-ahli Umno kini sudah hilang keyakinan kepada parti perkauman itu untuk membela orang Melayu.
Buktinya, tambah beliau orang-orang Umno sekarang berkerumum pada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk membela orang Melayu.
“Kenapa ahli-ahli Umno tak guna wadah Umno untuk bela Melayu, tapi guna NGO Melayu,” soalnya ketika ditemui pada majlis penyerahan penghargaan Majlis Syura Ulama PAS kepada Almarhum Ustaz Hassan Shukri di Taman Melewar, hari ini.
Beliau yang mewakili Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota majlis itu menyampaikan penghargaan berupa sijil dan plak itu kepada isteri Almarhum Ustaz Hassan, Ustazah Hamidah Abdul Mutalib.
 Tambahnya, melalui tindakan itu menampakkan pemimpin tertinggi Umno terlibat secara khusus dengan Perkasa.
Justeru, beliau mempersoalkan adakah pemimpin dan ahli Umno kini menggunakan platform lain untuk berteduh.

Kerajaan BN akan bina enam Masjid di Negeri Sembilan 2011


REMBAU, 19 Nov – Sekurang-kurang enam buah masjid akan dibina di Negeri Sembilan tahun depan bagi menampung keperluan umat Islam di taman-taman perumahan baru, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya keutamaan ialah di Seremban 2, Bandar Baru Sri Sendayan, Seremban Jaya dan Taman Bandar Senawang.
“Pembinaan empat buah masjid adalah di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 manakala dua lagi merupakan sambungan projek RMK-9 iaitu di Springhill di Lukut dan Masjid Jamek di Rantau,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan dan wakaf Masjid Dr Mohammad Eusuff Teh di Kampung Pedas Hilir dekat sini hari ini.
Mohamad berkata bagi memenuhi keperluan penduduk yang bertambah, beberapa buah surau akan dinaik taraf menjadi masjid.
Katanya lima masjid siap dibina tahun ini iaitu Masjid Gebok, Mantin; Masjid Taman Anggerik, Batu Kikir; Masjid Al-Taqwa, Paroi; Melang, Kuala Pilah dan Ulu Sepri, Rembau.
Masjid Dr Mohammad Eusuff Teh bernilai RM2.9 juta, merupakan masjid yang diwakafkan oleh keluarga Allahyarham Datuk Seri Dr Mohammad Eusuff Teh, pengasas Zaitun Industries.

Pingat Emas Takraw Sukan Asia semakin hampir

Skuad sepak takraw mencerahkan peluang kontinjen negara menambah pungutan pingat emas Sukan Asia XVI Guangzhou 2010 dengan mara ke perlawanan akhir acara berpasukan, petang ini.
Mereka menewaskan Korea Selatan 2-0 pada separuh akhir di Pusat Sukan Haizhu, Guangzhou, China sekali gus menempah penentuan juara, esok dengan Thailand yang menewaskan Jepun 2-0 dalam satu lagi perlawanan.




Regu Normanizam Ahmad, Futra Ghani, Ariff Ramli mengutip mata sulung setelah menang 21-15, 19-21, 15-13 sebelum gandingan Noor Azman Hamid, Norshahruddin Mad Ghani, Farhan Adam memastikan kemenangan, 19-21, 21-16, 15-11. ayuh seluruh rakyat malaysia menyokong pasukan negara untuk menumpaskan musuh tradisi kita thailand.









Thursday, November 18, 2010

Pemain kelahiran Malaysia menyinar di Australia





Brendan Gan , Dilahirkan pada 3 Jun 1986 merupakan anak kelahiran Malaysia di mana ayahnya berasal dari Seremban , Negeri Sembilan . Ketika ini dia di sebut - sebut antara pemain tengah yang berbakat di Australia dengan mewakili Sydney Fc dalam saingan Liga A - Rules.

Di lahirkan di Shuterland Shire , dia mula bermain bola sepak ketika berumur 4 tahun lagi apabila menyertai kelab tempatan Marton Hammers. Selepas itu, dia terus di lamar menyertai kelab tempatan , ketika berusia 12 tahun pada tahun 2000 dan membuat penampilan sulung dalam skuad utama pada tahun 20o8. Membuat 22 penampilan pada musim 2008 /09 ,7 penampilan daripadanya adalah kesebelasan utama. Dia yang mempunyai kelebihan larian pantas dan sering menjadi gol - gol penting di saat - saat penting melayakkannya menerima anugerah New South Wales Premier League Award iaitu anugerah pemain muda terbaik tahunan.

Kemudian , dia berpindah ke kelab Sydney FC namun di serapkan dalam pasukan muda untuk pendedahan dan pada 28 November 2008 dia membuat penampilan sulung untuk kelab barunya ketika menentang Queensland Roar. Gol pertamanya bersama Sydney muncul pada ketika menentang Newcastle Jets pada minit ke 78 " membolehkan kelabnya memenangi perlawana pertama selepas 7 perlawanan. Manakala penampilan penuhnya bersama pasukan utama muncul pada 13 Disember 2008 ketika menentang Central Coast Marines dan menjaringkan gol pertama untuk pasukan "senior"ketika menentang Melbourne Victory melalui rembatan dari jarah jauh dari luar kotak penalti.

Pemain ini selesa bermain di sebelah kanan midfield dan kadang - kadang di letakkan di bahagian tengah ini mempunyai skill yang mempersona , tidak malu membuat terjahan - terjahan bola dan mempunyai kecenderungan memenangi perebutan bola.



Namanya kini meniti di bibir peminat bla sepak kebangsaan , ada yang menggesa supaya FAM mengambil langkah segera untuk memanggil pemain kelahiran malaysia yang menyinar di luar negara dipanggil balik untuk memperkuat pasukan negara.
Persoalannya, adakah dia mahu bermain untuk Malaysia jika di tawarkan untuk berbuat begitu? Adakah FAM mengetahui semua ini dan rela melepaskannya begitu sahaja? Cubalah pujuk dia demi masa depan bola sepak kita. Kita perlukan pemain sepertinya terutamanya di piala AFF Suzuki yang akan bermula tidak lama lagi.


Tun Mahathir- Najib sukar dapat majoriti 2/3

Parti pemerintah BN dijangka terus gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di parlimen tetapi mungkin berjaya merampas satu atau dua buah negeri kembali pada pilihan raya umum akan datang, kata mantan, perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

NONEPada wawancaranya denganBloomberg pada 16 November lalu, Mahathir berkata “BN mungkin tidak dapat dua pertiga majoriti yang membolehkan mereka memerintah negara dengan mandat yang kukuh” pada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum 2013.

Namun, katanya parti pemerintah itu “mungkin mendapat satu atau dua” daripada lima negeri yang sekarang di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Mahathir bagaimanapun tidak menamakan negeri-negeri yang dijangkakan akan jatuh semula ke tangan BN. Namun dipercayai beliau merujuk kepada negeri asalnya, Kedah yang jatuh kepada PAS buat pertama kali pada pilihan raya 2008.

Sebuah negeri lain yang diintai oleh BN adalah Selangor, antara negeri paling kaya di Malaysia.

NONEAndaian Mahathir itu dipercayai dipengaruhi oleh kejayaan BN pada dua pilihan raya kecil awal bulan ini - kerusi DUN Galas dan parlimen Batu Sapi - dan juga krisis kepimpinan yang melanda PKR sekarang.

“Buat masa ini, partinya (ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalam keadaan kucar-kacir,” kata Mahathir.

Anwar, yang merupakan bekas anak didik Mahathir dijangka menghadapi tentangan dalaman dari partinya berikutan perletakkan jawatan bekas menteri, Zaid Ibrahim yang merupakan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

mahathir najib and abdullah ahmad badawi 090507Mahathir juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak sebagai “satu perubahaan besar” jika dibandingkan dengan penggantinya, Tun, Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah dipilih oleh Mahathir untuk menggantikannya apabila beliau bersara pada Oktober 2003. Namun, akibat pergeseran kedua-duanya dan diburukkan lagi dengan prestasi buruk BN pada pilihan raya umum 2008, Mahathir terus membidas Abdullah dan mendesaknya meletak jawatan.



sumber-Malaysiakini

Pas dakwa tarikh Raya Korban "sangat pelik"

Ahli parlimen Kubang Kerian mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan sidang Dewan Rakyat yang akan bersambung Isnin depan bagi membincangkan isu tarikh Aidil Adha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi.

salahuddin ayub 01Dalam usul kepada speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Salahuddin Ayub berkata sambutan Aidil Adha di negara ini semalam "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

"Perbezaan dua hari sambutan Aidiladha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi," katanya.

Naib presiden PAS itu berpendapat, perbezaan tarikh itu turut mengelirukan penentuan hari Tashrik - tiga hari selepas Aidil Adha yang ditetapkan untuk menyembelih korban - di negara ini.

kaabah mekah islam holycity 080307 largeSalahudin juga mempersoal bagaimana pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengurus tadbir isu tersebut.

"Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari raya Aidil Adha dibuat?

"Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?" soalnya.

Beliau berpandangan dalam era kecanggihan teknologi komunikasi kini tiada alasan perkara itu tidak dapat diselesaikan.

"Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggung jawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya.

Skuad Piala AFF mantap


SKUAD bola sepak kebangsaan yang pincang sepanjang kempen Sukan Asia 2010 bakal diperkuatkan dengan 10 pemain tambahan bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta, Indonesia bermula 1 Disember depan.

Mereka terdiri daripada Safee Sali, Ashaari Shamsuddin, Baddrol Bakhtiar, Sabre Mat Abu, Nasriq Baharom, Azmi Muslim, Halim Zainal, Khairul Helmi Johari serta dua penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli dan Farizal Marlias.



Nama mereka berada dalam senarai 30 pemain yang didaftarkan bersama-sama baki 20 pemain yang membawa cabaran negara di Guangzhou, China.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal berkata, skuad negara mungkin akan pulang ke tanah air pada hari ini atau esok sebelum latihan pusat dijangka bermula pada Isnin depan.

"Inilah pemain yang telah saya daftar. Tetapi kita tidak akan dapat menggunakan khidmat Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani yang cedera teruk.

"Cuma saya harap pemain-pemain yang tidak dibawa ke Sukan Asia akibat kecederaan seperti Baddrol, Sabre, Nasriq, Azmi dan Sharbinee sudah kembali pulih untuk ke menghadapi Piala AFF Suzuki.

"Saya juga berharap agar S. Chanthuru tidak mengalami kecederaan hamstring serius ketika perlawanan tadi (semalam)," kata Rajagobal selepas pertemuan dengan Iran petang semalam.

Bagi aksi Kumpulan A nanti, Malaysia akan bertemu tuan rumah, Indonesia (1 Disember), Thailand (4 Disember) dan perlawanan terakhir dengan Laos pada 7 Disember.

sumber: Kosmo




Penjaga Gawang
1 MOHD FARIZAL BIN MARLIAS
22 KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT
28 MOHD SHARBINEE ALLAWEE BIN RAMLI

Pertahanan
2 MOHD SABRE BIN MAT ABU
3 MOHD FAIZAL BIN MUHAMAD
4 MOHD ASRARUDDIN PUTRA BIN OMAR
5 NORHAFIZ ZAMANI BIN MISBAH
6 MOHD NASRIQ BIN BAHAROM
7 KHAIRUL HELMI BIN JOHARI
11 MOHAMAD AZMI BIN MUSLIM
18 MAHALLI BIN JASULI
24 MOHAMAD MUSLIM BIN AHMAD
27 MOHAMAD FADHLI BIN MOHD SHAS

Tengah
8 SAFIQ BIN RAHIM
12 AMAR BIN ROHIDAN
13 AHMAD FAKRI BIN SAARANI
14 MOHD KHYRIL MUHYMEEN BIN ZAMBRI
15 GURUSAMY GOVANDAR KANDASAMY
16 KUNANLAN SUBRAMANIAM
17 ABDUL SHUKUR BIN JUSOH
19 MOHAMMAD FAIZAL BIN ABU BAKAR
21 MOHD AMIRULHADI BIN ZAINAL
23 BADDROL BIN BAKTHIAR
25 MOHD FANDI BIN OTHMAN
26 MOHAMAD ASHARI BIN SAMSUDIN
30 ABDUL HALIM BIN ZAINAL

Penyerang
9 NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA
10 MOHD SAFEE BIN MOHD SALI
20 IZZAQ FARIS BIN RAMLAN
29 CHANTHURU SUPPIAH

Anwar hina tanah air sendiri - Tun Abdullah


KUALA LUMPUR 18 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan Malaysia sebuah negara Islam moden sebagai satu penghinaan terhadap tanah air sendiri.

"Mengapa jadi penghinaan? Dia (Anwar) yang menghina, sebab itu dia kata itu penghinaan. Mungkin sudah ada dalam fikiran dia yang kita ini hina...kita tak dapat terima pandangan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Abdullah diminta mengulas mengenai kenyataan ketua pembangkang itu bahawa pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Anwar berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia dua hari lepas, dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya, gagal. - Bernama

The RocketPocketMan tebus kekecewaan

AZIZULHASNI (depan) membuat henjutan di selekoh terakhir sambil diburu Zhang Miao (kanan) dan Josiah Ng, semalam.
Semalam, anak muda dari Dungun, Terengganu itu tampil mengubati duka dibatalkan kemenangan di Sukan Komanwel, New Delhi dengan memenangi acara kegemarannya, keirin manakala rakannya, Josiah Ng memenangi perak.
Kali terakhir emas diraih skuad berbasikal negara adalah menerusi Allahyarham Daud dan Ng Joo Ngan yang memenanginya di Sukan Asia 1970 di Bangkok. 

Percaturan ketua jurulatih, John Beasley yang mahu kedua-dua anak buahnya mengawasi dua wakil China, Zhang Miao dan Zhang Li berhasil apabila mereka mengawal tempo perlumbaan sekalipun Zhang Miao yang memungut gangsa membuat henjutan awal. 

“Apabila terlepas terlepas pingat acara pecut pada sebelah pagi, saya memang tekad untuk bermati-matian dalam peluang terakhir ini dan bersyukur percaturan perlumbaan hari ini (semalam) berhasil. 

“Sebelum perlumbaan, saya agak sedih dan tertekan selepas gagal dalam perebutan pingat gangsa acara pecut, sebab itu saya nekad dalam perlumbaan tadi,” kata Azizulhasni yang akan mencukur kepala sebagai membayar nazar atas kemenangan pingat emas itu. 
Josiah yang memenangi emas keirin di New Delhi, bulan lalu berkata kemenangan 1-2 ini membuktikan Malaysia kini kuasa baru acara berkenaan di Asia. 

“John (Beasley) menegur sesiapa yang ada peluang menang harus menggunakannya dan hari ini, kami berlumba dengan baik,” katanya yang mempunyai koleksi tiga perak Sukan Asia selepas Busan 2002 (pecut) dan Doha 2006 (keirin)

Nasihat Tokku Ibrahim

 3 perkara penting yang perlu ditekankan ketika ini.

1) Zikirullah–Tujuan semua dan apa jua kerja kita samada kerja dunia, ibadah,solat, haji, puasa, zakat adalah semata-mata kerana zikirullah (ingatan hati pada Allah swt). Solat kita tiada makna jika tiada hadir hati kita kepada zikrullah sehingga diri kita fakir dengan sifat KEAGUNGANNYA. Puasa kita tiada makna jika penghujungnya tiada menjadikan diri kita golongan zikrullah sehingga kita bertakwa pada Al-QAHHARNYA. Zakat kita tiada makna jika tiada zikrullah, sehingga jiwa kita bersih dari sifat cinta dunia lantaran kerana mencari AL-QUDDUS. Haji kita tiada makna jika tiada zikrullah sehingga diri kita mengembara dalam kerinduan mencari AL-GHAFUR AR-RAHIM. Ilmu kita tiada makna jika tiada zikrullah sehingga diri kita merasa bodoh dalam sifat Al-ALIMNYA. Ibadah kita tiada makna jika tiada zikrullah sehingga diri kita merasa lemah dalam sifat QUDRAT DAN IRADATNYA. Firman Allah SWT:
Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (Al-Ahzab: 41)

2) Syukur – Mujahadah dengan bersyukur kepada Allah swt. Apa jua yang Allah telah takdirkan untuk kita, kita mesti bersangka baik dan terima dengan redha. Didik diri kita sentiasa dalam keadaan bersyukur padaNya dalam keadaan sikit atau banyak, susah atau senang, sakit atau sihat, payah atau mudah, lalai atau ingat, dimakbul doa atau dilambatkan, dalam ujian musibah atau ujian kenikmatan, dalam kegagalan atau kejayaan. Hari ini, kita dan masyarakat tiada bersyukur kepada Allah, benarlah firmanNya:
Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai kurnia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.(Al-Mukmin: 61)
Kita hanya mahu bersyukur apabila berjaya atau ketika banyak atau ketika kaya atau ketika tercapai hajat. Ini lantaran tiada makrifat hati kita terhadap kasih sayang Allah pada diri kita. Apakah apabila Allah memberi kita sedikit, tiada tercapai hajat, gagal atau lainnya bermakna kita tiada dikasihiNYA? Siapakah kita untuk mengetahui rahsiaNYA? Apa yang penting bagi kita hendaklah faqir dalam sifat keAgunganNYA, bersangka baik dan sentiasa bersyukur pada takdirNYA. Syukur adalah kunci kekayaan yang menyebabkan diri kita tiada akan resah, gelisah dan banyak merungut-rungut dalam kehidupan. Syukur adalah sentiasa redha dengan Allah dalam apa jua keadaan. Syukur adalah memandang pilihan Allah lebih baik daripada pilihan dirinya. Syukurlah jika diri kita tiada dikenali kerana ia menyelamatkan diri kita dari sifat riak. Syukurlah jika diri kita dihina kerana ia menyebabkan nafsu kesombongan hancur. Syukurlah diri kita diberi sedikit kerana selamat diri kita daripada ketamakan dan panjang angan-angan. Syukurlah diri kita dipilih dalam golongan yang berzikir walaupun tiada dikurniakan keasyikan kerana kita dapat menaiki tangga kewalian dengan kesabaran dan istiqamah. Belajar bersyukur yang sedikit, nescaya Alah akan menambah nikmat kepada kita. Firman Allah SWT: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.(Ibrahim: 7)

3) Mahabbah (Cinta) - bermujahadahlah diri kita dengan MAHABBAH. Cinta hanya pada Allah swt. Untuk memiliki cinta Allah, cintailah Nabi SAW. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Ali-Imran: 31). Untuk memiliki cinta Nabi, cintailah alim ulama yang membawa amanah Nabi. Cinta boleh menyebabkan sang Raja meninggalkan istana, yang jauh menjadi dekat, yang payah menjadi mudah, yang berat menjadi ringan, yang sengsara merasa gembira. Cinta bagaikan siraman air bagi bumi yang kegersangan. Cinta dapat memadamkan ammarah, dendam, marah, dengki, sombong, khianat dan lainnya. Segala mazmumah akan lemah apabila berhadapan dengan cahaya cinta yang bertunjang Illahi. Nabi SAW menyebarkan cahaya cinta, cahaya cintanya memaafkan segala mereka yang menghalaunya daripada Mekah, cahaya cintanya menghalang malaikat dari membalikkan bukit Thaif kepada penduduk yang menzaliminya, cahaya cintanya dapat menyatukan segala kabilah, cahaya cintanya dapat menundukkan segala musuhnya. Suburkan cahaya Asmaâ Ar-Rahman dan Ar-Rahim pada diri kita, maka berjalanlah dengan cahaya itu. Kemudian kita pantulkan pula pada ahli keluarga, alim ulama, para sahabat, masyarakat dan ke seluruh alam. Jika cinta pada keluarga atau wanita atau lelaki atau lainnya bukan disandarkan pada cinta Allah, kita akan terkurung dalam kegelapan neraka yang mengoyakkan hati kita. Semua cinta itu akan membinasakan kita. Maka bebaskan diri kita dari segala belenggu cinta yang lain, jadikan cinta sebagai buraq untuk diri kita mikraj kepada Allah, maka cinta disuburkan kepada Allah dan Rasul. Cinta perlukan pengorbanan. Berbaik sangka adalah serendah-rendah cinta, bersama merasa senang dan susah adalah pertengahan cinta, dan mendahului yang dicintai adalah setinggi-tinggi cinta. Maka beramallah kamu salah satu antaranya dalam pergaulanmu dengan manusia, dan bermujahadahlah sehingga sampai kepada yang ketiga. Insya Allah, inilah jalan yang membawa dirimu menjadi para kekasihNya. Bersabda Rasulullah SAW: Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya (di akhirat nanti.) (Bukhari & Muslim)

Wanita Terlanjur, Rasa Diri Jijik
& Diterimakah Taubat?

sedihtaubat.jpg


SOALAN
Salam, saya pernah terlanjur dengan boyfriend tapi itu bukan atas kerelaan saya. Saya dipaksa melakukannya. Dalam hati, tidak sedikit pun terlintas perasaan itu. Saya menolak tapi dia tetap memaksa. Sekarang saya ingin tahu adakah Allah akan menerima taubat saya setelah saya terlanjur? Saya berasa sangat sedih, jijik dengan diri dan hidup saya sudah tidak tenteram. Hati saya selalu tidak tenang. Saya merasakan Allah tidak akan menerima taubat saya. Tolonglah bantu saya.
- Soalan melalui ruangan komen di artikel lepas-
JAWAPAN
Pertamanya, saya ucapkan syabas kerana saudari masih mempunyai iman dan punyai ilmu tentang haramnya tindakan itu, kerana itulah timbul perasaan takut, kesal, tidak tenang dan takut. Sekiranya perasaan itu makin menghilang, ia tanda iman juga semakin meluntur dengan sangat teruknya.
Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :
من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ
Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )
Apa yang perlu dilakukan kini adalah meneruskan taubat. Taubat sebenar yang akan diterima Allah adalah dimulai dengan rasa penyesalan amat sangat dan diturut dengan beberapa amalan di bawah. Antara package dalam taubat di dalam Islam adalah seperti berikut :-

1) Bertaubat dengan sungguh-sungguh.
Kesal dan menangisi dosa yang dilakuakn dengan azam untuk TIDAK mengulanginya.

2) Tidak berjumpa teman lelaki atau 'dating' berdua-duaan dengannya.
Jika jumpa sekalipun, perlu diajak ahli kelurga yang tegas dalam soal hukum Islam bersama ( Jika tidak tegas, ia sama seperti tiada). Jika tiada abang, hanya berjumpa di rumah saudari dengan kehadiran ibu bapa (yang juga dari kalangan yang prihatin dan mesti mereka sentiasa bersama). Jika tidak mampu juga,Maaf !. Saudari tiada pilihan lain kecuali mesti mencari jalan untuk mampu melakukannya.
Jika tidak, saudari pasti akan terus mengulangi zina pada satu hari nanti. Selepas itu, segala pintu iman akan semakin tertutup rapat buat saudari, peluang menjadi terus terhina dan melahirkan zuriat yang tidak soleh juga semakin membesar sebagaimana Allah memberi amaran. "Di dalam hati mereka dibiarkan berpenyakit lalu Allah menambah penyakit mereka" ( Surah Al-Baqarah)
Syahwat seksual dan zina adalah sama seperti dadah dan kegilaan harta material, ia boleh membawa seseorang menjadi mabuk dan lupa segala-galanya. Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-
لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ
Ertinya : Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan ke dalam perutnya kecuali tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )
Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius serta amat sukar dirawati. Ia sama sekali tidak boleh dipuaskan jika tidak dikawal dengan iman.
3) Mencari rakan wanita yang solehah di sekitar saudari.
Ini adalah satu tindakan yang baik, kerana dalam keadaan demikian, saudari memerlukan kaunseling berterusan dan kerap. Ia tidak akan diperolehi jika saudari berkawan dengan rakan yang seperti tingkah laku saudari sekarang. Jika susah untuk mendapatinya, sertailah kumpulan dan NGO yang mengumpulkan wanita-wanta baik dan berprogram bersama mereka seperti. Antara contohnya, sertai NISA', ABIM, JIM, ISMA dan lain-lainnya.
Ia adalah saranan Nabi s.a.w :-
إنما مثل الجليس الصالح والجليس السوء كحامل المسك ونافخ الكير فحامل المسك إما أن يحذيك وإما أن تبتاع منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن تجد ريحا خبيثة
Ertinya : Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan tukang besi peniup api ; adapun rakan  baik adalah seperti pembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapat bauan wanginya juga. Manakala rakan buruk seperti tukang besi penyala api, samada ia akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )
Hasilnya, wajiblah mencari rakan yang baik. Termasuk mencari teman lelaki yang baik. Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.

4) Berkenaan ayat dan surah tertentu.
Ada yang bertanya ayat tertentu untuk bacaan harian agar terjauh dari zina. Hakikatnya dalam Islam, sekadar mengalakan ayat tertentu tanpa menghayati ertinya, masih tidak mampu menjamin terjauh dari zina serta membawa kesan dan perubahan ke arah yang lebih baik. Pun begitu, jika masih ingin amalkan ayat tertentu,maka baca dan fahamilah ayat berkenaan dosa zina banyak-banyak, moga ia dapat menghindarkan diri darinya.
Ayatnya adalah firman Allah:-
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ
Ertinya : "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" ( Surah An-Nur : 2)

5) Memperbaiki solat dan memperbanyakkan amalan.
Saudari mengatakan saudari solat tetapi masih gagal mengawal nafsu, Ini bererti solat saudari perlu diperbaiki kerana solat merupakan antibodi terkuat dalam Islam untuk mengawal nafsu.
Allah swt mengarahkan mereka yang bertauat untuk mengriigi dosanya dengan memperbanyakkan amalan soleh, dengan harapan rahmat dan belas Allah akan melebihi murkanya.
KESIMPULAN
Saudari menyatakan saudari ‘tidak rela' , ada dua perkara di sini :-
Pertama : kerelaan untuk berzina tu bukan semestinya dalam bentuk kita setuju semasa kejadian tu sahaja, tetapi berdua-duaan dan berada dalam keadaan yang membolehkan zina itu berlaku itu sendiri adalah TANDA KERELAAN SEBENARNYA. Kiranya saudari tidak keluar atau berdua-duaan dengannya, pasti dia pun TIDAK boleh memaksa.
Maka puncanya tetap dari kesalahan saudari juga. Justeru, putuskan hubungan dengannya sama sekali dan jangan ulangi keluar dengan lelaki asing berdua-duaan, khususnya di tempat yang membolehkan berlakunya zina atau rogol.janganlah beralasan bahawa 'terlalu cintakannya' , 'terlalu sayangkan dia' sehingga tidak mampu untuk berenggang dan putus darinya. Semua itu hanyalah nafsu dan bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah 'ibarat cinta dan sayang  seorang penagih dadah kepada dadah' sehingga sukar berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar.
Kedua : Dari sudut undang-undang dunia pula, jika itu berlaku saudari sudah dikira dirogol. Tatkala wajiblah saudari melaporkan kepada polis dan bukan hanya bertanya kepada mana-mana ustaz sahaja tanpa tindakan undang-undang. Tindakan membiarkan ia berlalu tanpa laporan adalah antara seburuk-buruk perlakuan seseorang mangsa rogol, walaupun mungkin dia sedang menderita, trauma, malu , sedih dan sebagainya, namun perlu ada ahli keluarga membantu untuk memastikan laporan dibuat. Laporan itu perlu bagi menyekat si ‘jantan' meneruskan aktiviti dosanya.
Akhir sekali, sentiasalah bersangka baik Allah akan menerima taubat setelah kita berusaha bersungguh-sungguh membuktikan penyesalan kita. Allah ada menyebut bahawa Allah bersama sangkaan hambaNya. Jika kita yakin Allah meneirmanya, maka Allah dengan sifat maha pengampunNya akan mengampun hambanya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh. Semoga berjaya mendapat keampunannya.

Sekian
 Sumber-
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net