Friday, November 19, 2010

Ahli UMNO berteduh di sebalik PERKASA

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din optimis parti itu mempunyai peluang yang lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.
Menurutnya, pendekatan yang diambil oleh PAS melalui tahaluf siyasi bersama dengan parti-parti pembangkang telah membuahkan hasil di dalam PRU 12 lalu.
Beliau menambah, Allah telah memberi jalan kepada PAS untuk mencapai kejayaan melalui persefahaman politik itu.
Katanya, rakyat kini telah memberikan sokongan yang terbuka kepada PAS dalam suasana Umno sedang meniti hari-hari tua.
Bahkan, ujarnya ahli-ahli Umno kini sudah hilang keyakinan kepada parti perkauman itu untuk membela orang Melayu.
Buktinya, tambah beliau orang-orang Umno sekarang berkerumum pada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk membela orang Melayu.
“Kenapa ahli-ahli Umno tak guna wadah Umno untuk bela Melayu, tapi guna NGO Melayu,” soalnya ketika ditemui pada majlis penyerahan penghargaan Majlis Syura Ulama PAS kepada Almarhum Ustaz Hassan Shukri di Taman Melewar, hari ini.
Beliau yang mewakili Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anggota majlis itu menyampaikan penghargaan berupa sijil dan plak itu kepada isteri Almarhum Ustaz Hassan, Ustazah Hamidah Abdul Mutalib.
 Tambahnya, melalui tindakan itu menampakkan pemimpin tertinggi Umno terlibat secara khusus dengan Perkasa.
Justeru, beliau mempersoalkan adakah pemimpin dan ahli Umno kini menggunakan platform lain untuk berteduh.

Kerajaan BN akan bina enam Masjid di Negeri Sembilan 2011


REMBAU, 19 Nov – Sekurang-kurang enam buah masjid akan dibina di Negeri Sembilan tahun depan bagi menampung keperluan umat Islam di taman-taman perumahan baru, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya keutamaan ialah di Seremban 2, Bandar Baru Sri Sendayan, Seremban Jaya dan Taman Bandar Senawang.
“Pembinaan empat buah masjid adalah di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 manakala dua lagi merupakan sambungan projek RMK-9 iaitu di Springhill di Lukut dan Masjid Jamek di Rantau,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan dan wakaf Masjid Dr Mohammad Eusuff Teh di Kampung Pedas Hilir dekat sini hari ini.
Mohamad berkata bagi memenuhi keperluan penduduk yang bertambah, beberapa buah surau akan dinaik taraf menjadi masjid.
Katanya lima masjid siap dibina tahun ini iaitu Masjid Gebok, Mantin; Masjid Taman Anggerik, Batu Kikir; Masjid Al-Taqwa, Paroi; Melang, Kuala Pilah dan Ulu Sepri, Rembau.
Masjid Dr Mohammad Eusuff Teh bernilai RM2.9 juta, merupakan masjid yang diwakafkan oleh keluarga Allahyarham Datuk Seri Dr Mohammad Eusuff Teh, pengasas Zaitun Industries.

Pingat Emas Takraw Sukan Asia semakin hampir

Skuad sepak takraw mencerahkan peluang kontinjen negara menambah pungutan pingat emas Sukan Asia XVI Guangzhou 2010 dengan mara ke perlawanan akhir acara berpasukan, petang ini.
Mereka menewaskan Korea Selatan 2-0 pada separuh akhir di Pusat Sukan Haizhu, Guangzhou, China sekali gus menempah penentuan juara, esok dengan Thailand yang menewaskan Jepun 2-0 dalam satu lagi perlawanan.




Regu Normanizam Ahmad, Futra Ghani, Ariff Ramli mengutip mata sulung setelah menang 21-15, 19-21, 15-13 sebelum gandingan Noor Azman Hamid, Norshahruddin Mad Ghani, Farhan Adam memastikan kemenangan, 19-21, 21-16, 15-11. ayuh seluruh rakyat malaysia menyokong pasukan negara untuk menumpaskan musuh tradisi kita thailand.









Thursday, November 18, 2010

Pemain kelahiran Malaysia menyinar di Australia





Brendan Gan , Dilahirkan pada 3 Jun 1986 merupakan anak kelahiran Malaysia di mana ayahnya berasal dari Seremban , Negeri Sembilan . Ketika ini dia di sebut - sebut antara pemain tengah yang berbakat di Australia dengan mewakili Sydney Fc dalam saingan Liga A - Rules.

Di lahirkan di Shuterland Shire , dia mula bermain bola sepak ketika berumur 4 tahun lagi apabila menyertai kelab tempatan Marton Hammers. Selepas itu, dia terus di lamar menyertai kelab tempatan , ketika berusia 12 tahun pada tahun 2000 dan membuat penampilan sulung dalam skuad utama pada tahun 20o8. Membuat 22 penampilan pada musim 2008 /09 ,7 penampilan daripadanya adalah kesebelasan utama. Dia yang mempunyai kelebihan larian pantas dan sering menjadi gol - gol penting di saat - saat penting melayakkannya menerima anugerah New South Wales Premier League Award iaitu anugerah pemain muda terbaik tahunan.

Kemudian , dia berpindah ke kelab Sydney FC namun di serapkan dalam pasukan muda untuk pendedahan dan pada 28 November 2008 dia membuat penampilan sulung untuk kelab barunya ketika menentang Queensland Roar. Gol pertamanya bersama Sydney muncul pada ketika menentang Newcastle Jets pada minit ke 78 " membolehkan kelabnya memenangi perlawana pertama selepas 7 perlawanan. Manakala penampilan penuhnya bersama pasukan utama muncul pada 13 Disember 2008 ketika menentang Central Coast Marines dan menjaringkan gol pertama untuk pasukan "senior"ketika menentang Melbourne Victory melalui rembatan dari jarah jauh dari luar kotak penalti.

Pemain ini selesa bermain di sebelah kanan midfield dan kadang - kadang di letakkan di bahagian tengah ini mempunyai skill yang mempersona , tidak malu membuat terjahan - terjahan bola dan mempunyai kecenderungan memenangi perebutan bola.



Namanya kini meniti di bibir peminat bla sepak kebangsaan , ada yang menggesa supaya FAM mengambil langkah segera untuk memanggil pemain kelahiran malaysia yang menyinar di luar negara dipanggil balik untuk memperkuat pasukan negara.
Persoalannya, adakah dia mahu bermain untuk Malaysia jika di tawarkan untuk berbuat begitu? Adakah FAM mengetahui semua ini dan rela melepaskannya begitu sahaja? Cubalah pujuk dia demi masa depan bola sepak kita. Kita perlukan pemain sepertinya terutamanya di piala AFF Suzuki yang akan bermula tidak lama lagi.


Tun Mahathir- Najib sukar dapat majoriti 2/3

Parti pemerintah BN dijangka terus gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di parlimen tetapi mungkin berjaya merampas satu atau dua buah negeri kembali pada pilihan raya umum akan datang, kata mantan, perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

NONEPada wawancaranya denganBloomberg pada 16 November lalu, Mahathir berkata “BN mungkin tidak dapat dua pertiga majoriti yang membolehkan mereka memerintah negara dengan mandat yang kukuh” pada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum 2013.

Namun, katanya parti pemerintah itu “mungkin mendapat satu atau dua” daripada lima negeri yang sekarang di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Mahathir bagaimanapun tidak menamakan negeri-negeri yang dijangkakan akan jatuh semula ke tangan BN. Namun dipercayai beliau merujuk kepada negeri asalnya, Kedah yang jatuh kepada PAS buat pertama kali pada pilihan raya 2008.

Sebuah negeri lain yang diintai oleh BN adalah Selangor, antara negeri paling kaya di Malaysia.

NONEAndaian Mahathir itu dipercayai dipengaruhi oleh kejayaan BN pada dua pilihan raya kecil awal bulan ini - kerusi DUN Galas dan parlimen Batu Sapi - dan juga krisis kepimpinan yang melanda PKR sekarang.

“Buat masa ini, partinya (ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalam keadaan kucar-kacir,” kata Mahathir.

Anwar, yang merupakan bekas anak didik Mahathir dijangka menghadapi tentangan dalaman dari partinya berikutan perletakkan jawatan bekas menteri, Zaid Ibrahim yang merupakan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

mahathir najib and abdullah ahmad badawi 090507Mahathir juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak sebagai “satu perubahaan besar” jika dibandingkan dengan penggantinya, Tun, Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah dipilih oleh Mahathir untuk menggantikannya apabila beliau bersara pada Oktober 2003. Namun, akibat pergeseran kedua-duanya dan diburukkan lagi dengan prestasi buruk BN pada pilihan raya umum 2008, Mahathir terus membidas Abdullah dan mendesaknya meletak jawatan.



sumber-Malaysiakini

Pas dakwa tarikh Raya Korban "sangat pelik"

Ahli parlimen Kubang Kerian mengemukakan usul tergempar bagi menangguhkan sidang Dewan Rakyat yang akan bersambung Isnin depan bagi membincangkan isu tarikh Aidil Adha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi.

salahuddin ayub 01Dalam usul kepada speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Salahuddin Ayub berkata sambutan Aidil Adha di negara ini semalam "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

"Perbezaan dua hari sambutan Aidiladha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi," katanya.

Naib presiden PAS itu berpendapat, perbezaan tarikh itu turut mengelirukan penentuan hari Tashrik - tiga hari selepas Aidil Adha yang ditetapkan untuk menyembelih korban - di negara ini.

kaabah mekah islam holycity 080307 largeSalahudin juga mempersoal bagaimana pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengurus tadbir isu tersebut.

"Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari raya Aidil Adha dibuat?

"Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?" soalnya.

Beliau berpandangan dalam era kecanggihan teknologi komunikasi kini tiada alasan perkara itu tidak dapat diselesaikan.

"Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggung jawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang," katanya.

Skuad Piala AFF mantap


SKUAD bola sepak kebangsaan yang pincang sepanjang kempen Sukan Asia 2010 bakal diperkuatkan dengan 10 pemain tambahan bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta, Indonesia bermula 1 Disember depan.

Mereka terdiri daripada Safee Sali, Ashaari Shamsuddin, Baddrol Bakhtiar, Sabre Mat Abu, Nasriq Baharom, Azmi Muslim, Halim Zainal, Khairul Helmi Johari serta dua penjaga gol, Sharbinee Allawee Ramli dan Farizal Marlias.



Nama mereka berada dalam senarai 30 pemain yang didaftarkan bersama-sama baki 20 pemain yang membawa cabaran negara di Guangzhou, China.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal berkata, skuad negara mungkin akan pulang ke tanah air pada hari ini atau esok sebelum latihan pusat dijangka bermula pada Isnin depan.

"Inilah pemain yang telah saya daftar. Tetapi kita tidak akan dapat menggunakan khidmat Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani yang cedera teruk.

"Cuma saya harap pemain-pemain yang tidak dibawa ke Sukan Asia akibat kecederaan seperti Baddrol, Sabre, Nasriq, Azmi dan Sharbinee sudah kembali pulih untuk ke menghadapi Piala AFF Suzuki.

"Saya juga berharap agar S. Chanthuru tidak mengalami kecederaan hamstring serius ketika perlawanan tadi (semalam)," kata Rajagobal selepas pertemuan dengan Iran petang semalam.

Bagi aksi Kumpulan A nanti, Malaysia akan bertemu tuan rumah, Indonesia (1 Disember), Thailand (4 Disember) dan perlawanan terakhir dengan Laos pada 7 Disember.

sumber: Kosmo




Penjaga Gawang
1 MOHD FARIZAL BIN MARLIAS
22 KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT
28 MOHD SHARBINEE ALLAWEE BIN RAMLI

Pertahanan
2 MOHD SABRE BIN MAT ABU
3 MOHD FAIZAL BIN MUHAMAD
4 MOHD ASRARUDDIN PUTRA BIN OMAR
5 NORHAFIZ ZAMANI BIN MISBAH
6 MOHD NASRIQ BIN BAHAROM
7 KHAIRUL HELMI BIN JOHARI
11 MOHAMAD AZMI BIN MUSLIM
18 MAHALLI BIN JASULI
24 MOHAMAD MUSLIM BIN AHMAD
27 MOHAMAD FADHLI BIN MOHD SHAS

Tengah
8 SAFIQ BIN RAHIM
12 AMAR BIN ROHIDAN
13 AHMAD FAKRI BIN SAARANI
14 MOHD KHYRIL MUHYMEEN BIN ZAMBRI
15 GURUSAMY GOVANDAR KANDASAMY
16 KUNANLAN SUBRAMANIAM
17 ABDUL SHUKUR BIN JUSOH
19 MOHAMMAD FAIZAL BIN ABU BAKAR
21 MOHD AMIRULHADI BIN ZAINAL
23 BADDROL BIN BAKTHIAR
25 MOHD FANDI BIN OTHMAN
26 MOHAMAD ASHARI BIN SAMSUDIN
30 ABDUL HALIM BIN ZAINAL

Penyerang
9 NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA
10 MOHD SAFEE BIN MOHD SALI
20 IZZAQ FARIS BIN RAMLAN
29 CHANTHURU SUPPIAH